Cerita Doktor

PUSAT

Cuba cek kita punya jenis pusat yang mana

Tajuk hari ini – PUSAT

Cuba fikir sejenak
Apa fungsi pusat??

✅bodymark untuk aurat
(Dari pusat hingga lutut)

✅bekas salur makanan zat dan darah dari ibu ke kita dulu
Bila sudah lahir doktor potong
Selepas 7 hari biasanya akan kering dan salur ini tertutup dan tidak berfungsi lagi

Penting sangat fungsi pusat ini
Tetapi ramai yang mengambil mudah penjagaan dan kebersihan pusat

Terutama jenis pusat
❌ deep and round
oblong

Sebab pusatnya dalam
Cantik memang cantik
Tetapi mudah terkumpulnya kuman

Biasanya di sini dibiarkan berkumpul sel-sel kulit mati dan rambut-rambut halus badan yang jatuh ketika mandi

Pernah juga kami jumpa batu dalam pusat

Ada di antaranya jangkitan dalam pusat sehingga bernanah
Pusat berbau busuk
Gatal-gatal
Keluar air jernih
Bengkak

Jangan ambil mudah kebersihan pusat
Ketika mandi hadas besar
Pusat harus dibersihkan hingga ke dalam lubang pusat dan dikenakan air bersih
Baru dikira sah mandinya

Itu belum lagi kes obesiti sehingga hernia pada pusat
Pusat membengkak dan kembung
Keluar apabila angkat berat
Sakit pada pusat

Jadi jagalah kebersihan walaupun pada pusat
Selepas mandi bersihkan dan lapkan sehingga kering
Jangan biarkan sehingga menjadi tempat kuman ‘bermesyuarat’

Simple tetapi Padang-kadang kita terlupa
Jadi jangan ambil mudah

 

Love DrH

 

Klinik Dr Hannani
Taman Universiti
Parit Raja

Facebook