Assalamualaikum sahabat
Hari ini untuk kenangan saya nak coretkan sebuah cerita yang menitiskan air mata saya.
Indahnya percaturan Allah.
Malam 30hb Julai 2021, jam 8.10 minit ,saya baru selesai mengajar anak mengaji al-quran. Staff telefon,
“Doc,doktor lokum belum sampai lagi.”
“Dia kat mana? Lambat lagi ke?”
“Baru bertolak dari hospital doc”
” laa jauh tu..tak pela saya masuk. Bagitahu doktor lokum tak perlu datang”
Saya masuk klinik agak lambat.
Satu per satu saya rawat. Tiba giliran seorang pakcik J ni
Didorong oleh anaknya 3 orang atas kerusi roda . Seorang pakcik tua lingkungan umur 78 tahun,kurus sekali,mukanya cengkung ,ditangan kanannya memgang inhaler berwarna biru. Pakcik tercungap cungap. Saya dah risau(takutnya Covid 19 je). Saya memulai bicara
“Kenapa pakcik?”
Anak perempuannya mula bercerita
“Doc,ayah saya ni, saya tak tahulah kenapa. Dia s asyik cakap nak membuang air besar bila kami beli ubat buang air tak de keluar pun najisnya. Lagipun ayah ni lansung tak makan. Adalah dia jamah sesudu bubur. Tapi memang tak mahu makan,jadi apa yang dia nak buang pun tak de.Namun selalu dia cakap dia nak berak najis yang besar”
saya mendengar bertalu talu anaknya bercerita
ditambah anak sulungnya pula,
“Haritu bawa gi klinik, diberi ubat berak jugak..tapi tulah tak de keluar apa pun doc
kalau doc tengok record dia, haritu bulan 3 lepas kami ada datang bawak ayah sebab dia tiba tiba buta tak nampak doc”
“ohh kenapa?”
Saya menyemak rekod bulan 3 ,Waktu itu beliau dirawatoleh doktor lokum dengan diagnosis
‘Sudden Blindness’ dan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan.
“Sebab adik saya ni..dia tersalah beli ubat titis mata, ubat ni dah expired .Lepas letak ubat ni tiba tiba je ayah dah tak nampak apa-apa”
tunduk adik bungsu nya rasa bersalah.
Mereka bertiga,
Yang sulung lelaki dalam usia lewat 40an
Anak kedua perempuan berusia lewat 30an dan
Anak bungsu lelaki,rasanya awal 30an
“Takkan lah sebab eyemo boleh jadi buta? ada bawak jumpa pakar mata?
“Ada,tapi sebab ayah saya ni asthma teruk nak baring pun tak boleh.Jadi,mereka tak boleh buat operation. Itu yang kami tak buat operation”
Ketika mereka bercerita saya memerhati keadaan ayahnya,kulitnya sudah tua,tercungap cungap hanya mendengar cerita anaknya. Entah kenapa, saya percaya bahawa pakcik ini mengidap satu penyakit yang berkait antara asthma,buta dan sakit perut dia.
“Sekarang ayah dah terlalu kurus. Merosot betul kesihatan beliau sejak dua bulan ni”Jawab anak perempuannya.
“Selalu je dia cakap sakit perut, perutnya dah jadi macam papan ni doc”Kata anak sulungnya pula.
Saya menjawab
“Dari cerita ini, saya rasa ini adalah simptoms kanser usus sebenarnya. Boleh tak kita buat Xray dulu, kalau Xray tak nampak kita ambil darah petanda kanser usus(CEA)
Baiklah doc kami setuju
cuma saya risau sebab ayah tak boleh baring
“dah berapa laam dia asthma?”
“Lama tak lama la doc..dulu sikit sikit je..tapi sejak dua tahun ni dia dah teruk sangat..dia tidur sambil duduk doc sebab takleh nafas”
“dia kalau nak bercakap sepatah sepatah je”
anak nya menyeka air mata.Mungkin sedih melihat ayahnya yang gagah dulunya lemah terbaring dalam masa kurang 4 bulan ini terjadi.
tersiksa seorang anak melihat ayahnya begitu lemah, sakit seksa
“Saya merasakan ini bukan sekadar asthma biasa.Kita tahu kanser usus sangat cepat merebak,takutnya sesak nafasnya ini, adalah petanda kanser sudah merebak ke paru paru. Walaubagaimana pun, saya perlu melakukan beberapa prosedur untuk memastikan diagnosis saya betul”
Setelah melihat keputusan Xray
Saya terduduk.
“Aduh…macam mana nak cakap ni..mahunya saya diserang oleh tiga tiga anaknya.. Walaupun kita suspect kanser..tapi setiap pesakit saya berharap diagnosis saya salah.Tapi,dari simptoms nya kita tahu.itulah dia.
Saya memanggil semua anak anaknya
Anaknya meminta untuk tinggalkan ayahnya diluar biik supaya ayahnya tidak tahu sakitnya. Beliau tidak mahu ayahnya risau dan rasa bersalah sebb susahkan anaknya.
Kelu saya nak mulakan bicara
“Maafkan saya, apa yang kita takutkan tadi adalah benar. Kalau anda semua tengok disini(sambil saya tunjukkan hasil Xray pesakit) ada dua lesion ketulan dalam usus besar sangat jelas bentuk kansernya. Terlihat juga separuh paru parunya yang sudah gelap gelita petanda merebak kansernya ke paru paru juga. Sebab itulah beliau semakin sukar bernafas. Dan saya yakin kebutaan dia yang mendadak itu juga disebabkan kanser yang merebak ke otak bukan sebab eyemo tersebut”
Anak perempuan nya sudah jatuh tersungkur menangis sambil berpelukan dengan abangnya yang sulung
Anak bungsunya yang lelaki menangis teresak esak sambil memegang matanya seolah tidak percaya dan lega pada masa yang sama.
“Bukan sebab saya salah bagi ubat mata hari tu la di jadi buta?”
“Ya Allah saya setiap hari menanggung rasa bersalah sebab menyebabkan ayah buta..Ya Allah” sambung beliau
“Doc apa plan doc?”anak sulungnya pula bertanya
“Kalau melihatkan umurnya dan keadaan kesihatannya , rawatan pembedahan mahupun chemotherapy bukanlah pilihan yang terbaik untuk ayah awak. Beliau sudah tua ditambah pula paru parunya sudah tidak kuat.Pembedahan memerlukan waktu yang agak lama. Jika keadaan ayah tak optimum,doctor tak berani melakukan pembedahan.
“Betul doc, saya pun tak nak melihat ayah saya terseksa. Kalau nak operate pun takotnya ayah tak kuat..boleh tak kami tak mahu buat apa apa?” tanya anak perempuannya pula
“Boleh puan, oleh kerana keadaan ayah yang terlalu uzur saya mencadangkan palliative care sahaja untuk ayah.”
“Maksudnya?”
“Jika dia tak makan kita masukkan tube untuk makan.Jika kurang air kita masuk air,Jika luka kita bersihkan lukanya kalau muntah kita bagi ubat muntah. Tapi keluarga mesti bantu dan faham bahawa ini bukan rawatan untuk menyembuhkan”
“Kami setuju doc,kami tak mahu beliau tersiksa diakhir usianya. Kalau masuk hospital takutnya kami tak boleh jaga sebab tengah covid kan..nanti ayah sorang sorang dalam wad. Kami tak mahu ayah sedih”jawab anak sulungnya pula
“Ayah…”
meraung raung anak lelaki sulungnya. sambil menekan bola matanya supaya tak keluar air mata lelakinya
“tak pelah..menangislah..bertuah ayah awak semua ini..Anak anaknya sangat sayang padanya. Saya juga nak menangis tengok kebersamaan kalian”
“Tapi sekarang kita pasang muka senyum untuk ayah awak dan berikan yang terbaik untuk dia. Buatlah dia bahagia. Semoga dia bahagia disamping anak anaknya.
Sungguh, saya terharu melihat kejadian ini. Hebatnya pakcik membesarkan anak anak yang sangat menyayanginya.Sanggup berbakti kepada ayahnya.
Saya biarkan mereka bersama untuk menerima takdir yang sukar ini. Saya melihat urat urat tua pakcik
“inilah tangan yang banyak bekorban untuk anak anaknya,usaha pakcik berhasil dan pakcik akan bahagia melihat anak cucunya”
saya balik dengan rasa sayu. terus saya melihat foto ayah saya dalam henfon
“rindunya pada bak, covid dan PKP nampaknya xhabis habis”
dari hari raya pun tak dapat bersama.. sampai hari ini..masih lagi tak dapat berjumpa
aku rindu..bak
sekian