Cerita Doktor

ANAK DEMAM

Tips handle anak demam mengejut ni

cek suhu pada bahagian dahi atau ketiak untuk mendapatkan bacaan suhu bayi
Jika lebih 38.5 ibu ayah kena bertindak segera
✅langkh awal adalah membasahkan bahagian badan bayi/ anak dengan air untuk turunkan suhu dengan segera
Atau mandikan je terus

✅suap ubat demam mengikut ukuran berat badan anak
Jangan overdose pulak

✅jika demam masih belum turun boleh bantu dengan memujuk anak minum air lebih banyak supaya kencing

✅jika masih belum turun
Boleh gunakan ubat jenis suppository (masuk bont@t )
Ubat suppository lebih cepat diserap dan bertindak sebagai penurun suhu

Pastikan suhu turun
Dan pujuklah bayi/ anak untuk minum lebih air
Jika pernah sawan ketika demam
Pastikan ibu ayah memberi perhatian yang lebih kepasa anak itu
Mungkin boleh apply cuti untuk menjaga anak sendiri

Demam lebih dari 3 hari yang berterusan dan tinggi suhu yang susah untuk kebah demamnya
Perlu berjumpa doktor dan diambil darah FBC (full blood count) dengan segera

Namun jika ada tanda dibawah jangan tunggu 3 hari
Pastikan terus berjumpa doktor ??‍♀️??‍♀️??‍♀️

❗️anak tidak mahu makan atau minum
❗️sangat letih atau lemah
❗️tidak lagi mahu bermain atau tersenyum gembira
❗️kulit menjadi kering dengan mata menjadi cengkung
❗️nafas laju
❗️anak menangis dan meragam teruk

⛔️Pastikan tiada contact rapat dengan covid 19
⛔️Pastikan anda tidak membawa anak kecil ke tempat-tempat umum yang ramai orang
Seperti bazar ramadhan atau expo raya

⛔️Pastikan anak tidak terdedah cuaca panas hujan yang berlebihan

Antibody anak sedang dilatih kembali sebab dah lama berehat dikuarantin di rumah
Sebab itu apabila kembali jumpa kawan/ pergi ke sekolah/taska/ pusat jagaan akan mudah demam / sakit

Apabila berjumpa kawan-kawan
Berkongsi mainan dan persekitran
Pastilah mudah terkena jangkitan

Jika anak ada menunjukkan tanda tanda jangkitan seperti demam batuk atau selsema
Elakkan hantar ke taska/ sekolah/ pengasuh

Ingat!! Kita jaga kita ♥️♥️♥️

 

Pesanan ikhlas dari
Dr H
Love

 

Facebook